Sunday, January 2, 2011

Salam 2011

Tahun 2010 telah pun berlalu dengan 1001 kemanisan berbaur tangisan.. Semuanya telah mewarninya hidupku menjadi lebih bermakna.


Tahun 2011 kuharapkan memberi 1001 kebahagian dan keceriaan. Selamat tinggal hati yang lara.. tak ingin lagi ku meratap kesedihan. Ingin ku bangkit dari kekalahan dulu menjadi insan yang lebih berjaya agar lebih bahagia.

Wednesday, December 15, 2010

Rinduku

Suaramu azimat buatku.. Suaramu penawar resahku.. Abang, kaulah segalanya..

Mengharungi hari2 lemahku

Hari ni aku xmasuk opis.. demam! Terasa lemah seluruh anggota.. Hubby xda p kursus tinggal anak2 yg dok tengok mama dok terbaring tapi asyik panggil nak bermanja.. kesian plak..

Monday, December 13, 2010

Gerimis Hati


Awan pun kelam..
Angin mula bertiup..
Guruh berdentum.
Petir memanah..
Gerimis pun mengundang..

Monday, November 29, 2010

Setia bersama yang tercinta...

"Terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya.. Terlajak perahu boleh diundur lagi, terlajak kata hilang percaya.. " He3 nyanyi la plak..

Salam buat semua.. Letihnya ku rasa dalam menghabiskan hujung minggu ku.. semua tu untuk Teratak Raudhatus Safiyyah juga.. Walaupun penat + letih..

Mula tu mood down skit sebab ada sedikit yang mengganggu di fikiran.. Mata pun dah bengkak2 nangis.. sebab tak nak sakitkan hati orang lain.. Tapi sejauh mana pun kita cuba nak puaskan hati setiap orang tak mungkin itu kan terjadi.. Biarlah.. airmata pun dah kering, tak mampu nak mengalir lagi.. Tapi syukur Alhamdulillah.. dengan berkat dariNya aku berjaya juga mengunci mulut ini dari melafazkan sesuatu yang bisa mengguris hati orang tua2.. Terima kasih papa, ku percaya kau tetap di sisi ku..

Sabtu tu dah pergi beli tile untuk Teratak RS.. Ahad plak sessi mengecat umah plak.. Syiling untuk 2nd layer.. Dinding baru start 1st layer.. Anak2 seronok sungguh, depa pun nak cat jugak.. tak bagi nangis2 nak tolong sama.. Masih banyak yang perlu dicat lagi nii.. entah bila ada masa nak cat lagi.. Budget tak cukup la, jadi yang mana leh buat sendiri tu bolehlah nak cut cost sikit..

Foto yang sempat snap semalam.. Nanti2 ekk saya upload..

Thursday, November 25, 2010

Langit tak selamanya cerah...

Langit tak selalunya cerah dan indah..
Keindahannya hanya pinjaman sementara..
Itulah nikmat yang diberikanNya untuk kita sedar betapa agungnya ciptaan Illahi..

Awan gelap kan datang jua..
Itu sudah suatu ketentuan Maha Esa..
Ia juga dugaan Yang Maha Kuasa supaya kita tidak leka dari mengingatiNya..

Dalam bahagia ada duka..
Jadi kita kena sentiasa beringat dan bersyukur dengan nikmat juga dugaanNya kerana dengan ini, kita mampu mendekatkan diri padaNya..


Tak pernah aku membayangkannya
Bila insan sedang patah hati
Kali ini ku rasakan sesungguhnya

Siang hari ku bagaikan malam
Pelangi pun berwana kan gelap
Ini kah yang di namakan patah hati

Tak ingin ku jalani cinta yang begini
Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
Ku mahu kau tetap disisiku

Siang hariku bagaikan malam
Pelangi pun berwarnakan gelap
Ini kah yang dinamakan patah hati

Tak ingin ku jalani cinta yang begini
Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
Ku mau kau tetap disisiku

Dan tak ingin ku rasakan
Jiwa yang tak tenang
Ku mau kau tetap disisiku

Wednesday, November 24, 2010

Dalam sujud cintaku...

 
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.